Cardiff
Cardiff

Cardiff

Cardiff (disebut /ˈkɑːdɪf/ ( dengar), [Caerdydd (info)] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah ibu negeri, bandar terbesar dan daerah paling ramai penduduk Wales. Bandar raya ini adalah pusat komersil utama Wales, tapak untuk kebanyakan institusi budaya dan sukan, media kebangsaan Wales, dan pusat Perhimpunan Kebangsaan Wales. Menurut anggaran kini, jumlah penduduk kawasan pihak berkuasa unitari adalah 324,800.[3] Cardiff adalah sebuah pusat pelancongan penting dan destinasi pelawat termasyhur di Wales dengan 11.7 juta pelawat pada 2006.[4]Bandar raya ini merupakan bandar kaunti bagi kaunti bersejarah Glamorgan (dan kemudian South Glamorgan). Cardiff merupakan sebahagian rangkaian Eurocities bagi bandar-bandar terbesar Eropah.[5] Cardiff Urban Area meliputi kawasan yang sedikit lebih besar, termasuk Dinas Powys, Penarth dan Radyr. Suatu bandar kecil sehingga awal abad ke-19, kepentingannya sebagai pelabuhan utama pengangkutan batu arang di kawasan itu menyumbang kepada pembangunannya menjadi bandar utama.Cardiff dijadikan bandar raya pada 1905, dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Wales pada 1955. Sejak 1990-an Cardiff telah menyaksikan pembangunan besar dengan kawasan tepian air baru di Teluk Cardiff yang mengandungi bangunan baru Perhimpunan Kebangsaan Wales dan kompleks seni Wales Millennium Centre. Pusat bandar Cardiff kini dalam pembangunan semula besar. Pusat sukan antarabangsa di bandar ini termasuk Stadium Millennium (ragbi dan bola sepak), Stadium SWALEC (kriket) dan Stadium Cardiff City yang baru dibuka. Bandar ini dianugerahkan European City Of Sport in 2009 kerana peranannya dalam menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa utama.

Cardiff

Kaunti bersejarah Glamorgan
Kod plat kenderaan CA, CB, CC, CD, CE, CF, CG, CH, CJ, CK, CL, CM, CN, CO
Ambulans Welsh Ambulance Service
• Pemimpin Majlis Perbandaran Cardiff Rodney Berman
Bomba South Wales Fire and Rescue Service
• Hitam 1.28%
• Kepadatan 11,380/batu persegi (4,392/km2)
Polis South Wales Police
Zon waktu UTC+0 (GMT)
• Urban 327,706*
841,500 (Larger Urban Zone)
• Parlimen UK
Kawasan Wales Selatam
• Bandar 324,800
Laman web http://www.cardiff.gov.uk/
Poskod
Negara juzuk Wales
• Kacukan 1.99%
• Musim panas (DST) UTC+1 (BST)
• Parlimen Eropah Wales
• Asia 3.96%
• Putih 91.57%
• Perhimpunan Kebangsaan Wales
Kod kawasan 029
Demonym(s) Cardiffian [1]
• Cina/other 1.20%
Negara United Kingdom