Carian_Google
Carian_Google

Carian_Google

Carian Google atau Google Search merupakan laman sesawang enjin gelintar yang dimiliki oleh syarikat Google dan merupakan laman carian paling kerap digunakan di Web. Google menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan. Tujuan utama Carian Google didirikan adalah untuk mencari maklumat melalui laman web. Enjin carian asalnya dibangunkan oleh Sergey Brin dan Larry Page pada tahun 1997 berdasarkan reka bentuk enjin carian yang lebih awal.Google Search menyediakan sekurang-kurangnya 22 ciri-ciri istimewa yang melebihi kemampuan carian perkataan asal. Ini termasuk sinonim, ramalan kajicuaca, zon waktu, maklumat harga saham, peta, data gempa bumi, masa tayangan filem, lapangan terbang, penyenaraian rumah dan markah dalm acara sukan. Terdapat juga ciri-ciri khas bagi nombor seperti julat, harga, suhu, penukar unit/matawang, pengiraan, pakej menjejak, paten, kod kawasan dan terjemahan bahasa dipaparkan pada halaman.