Karier Casey_Affleck

1995–2006

Peranan filem pertama Affleck adalah dalam filem 1995, To Die For dibintangi Nicole Kidman, Matt Dillon dan Joaquin Phoenix.[10] Selepas membintangi bersama Halle Berry dan Jim Belushi dalam filem 1996, Race the Sun, beliau muncul dalam dua filem bersama abangnya Ben: Chasing Amy dan Good Will Hunting.

Filem-filem Affleck seterusnya adalah Desert Blue (1998) bersama Kate Hudson, Drowning Mona (1999) bersama Bette Midler, Jamie Lee Curtis, Neve Campbell dan Danny DeVito, dan filem seram 2001, Soul Survivors (dibintangi Luke Wilson).

Pada tahun 2001, Affleck menjadi sebahagian daripada barisan pelakon Ocean's Eleven, diarahkan oleh Steven Soderbergh. Affleck melakonkan watak Virgil Malloy. Affleck menyambung watak ini dalam dua sekuel, Ocean's Twelve (2004) dan Ocean's Thirteen (2007). Affleck menulis skrip filem 2002, Gerry bersama Gus Van Sant dan Matt Damon. Pada tahun 2006, Affleck berlakon dalam Lonesome Jim dan The Last Kiss'. Beliau kemudiannya membuat penampilan kameo dalam video yang diarahkan oleh Joaquin Phoenix, "Tired of Being Sorry" untuk band Ringside.

2007–12

Pada tahun 2007, Affleck membintangi The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford, melakonkan watak Robert Ford bertentangan Brad Pitt sebagai Jesse James. Untuk lakonannya, belaiu menerima satu pencalonan Golden Globe untuk kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik dalam Filem, satu pencalonan Anugerah Screen Actors Guild untuk kategori Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Lelaki dalam Peranan Sokongan - Filem dan satu pencalonan Anugerah Akademi untuk kategori Lakonan Terbaik oleh Pelakon Lelaki dalam Peranan Sokongan.

Beliau membintangi Gone Baby Gone sebagai Patrick Kenzie. Diarah, diterbit dan ditulis oleh Ben Affleck, filem ini mendapat pujian meluas dan lakonan Casey dipuji.[11] Pada tahun 2010 Affleck merupakan pengarah I'm Still Here.[12] Affleck membintangi bersama Jessica Alba dan Kate Hudson dalam The Killer Inside Me (2010).[13]

2013–sekarang

Affleck membintangi bersama Rooney Mara dalam Ain't Them Bodies Saints dan bersama Christian Bale dalam Out of the Furnace, kedua-duanya ditayangkan pada tahun 2013. Pada bulan November 2014, beliau mempunyai peranan sokongan dalam filem Christopher Nolan, Interstellar.[14] Affleck juga menulis skrip bersama abangnya Ben dan David Mandel untuk drama besbol The Trade, diarahkan oleh Jay Roach.[15] Beliau juga menjual satu siri televisyen animasi komedi kepada FOX.[16][17]

Affleck dan penerbit John Powers Middleton mengumumkan pada bulan Jun 2014 bahawa mereka sedang melancarkan sebuah syarikat produksi, Untitled Casey Affleck/John Powers Middleton Project. Affleck dijadual untuk mengarahkan biopik tentang pemain besbol Josh Hamilton daripadanya skripnya sendiri. Jack Reynor dijangka akan membintangi.[18]

Affleck akan melakonkan peranan utama dalam Triple 9, dijadual ditayangkan pada bulan Februari 2016.[19][20] Beliau juga telah menandatangani untuk membintangi sebagai Meriwether Lewis dalam minisiri HBO berdasarkan buku tahun 1996, Undaunted Courage.[21] Beliau terikat untuk membintangi sebagai detektif dalam Boston Strangler, akan diarahkan oleh Mark Romanek.[22]

Rujukan

WikiPedia: Casey_Affleck http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=12100... http://www.bloody-disgusting.com/news/14372 http://www.bostonmagazine.com/2006/05/the-other-af... http://collider.com/casey-affleck-aint-them-bodies... http://www.deadline.com/2014/03/true-detectives-wo... http://www.deadline.com/2014/06/josh-hamilton-movi... http://www.filmreference.com/film/5/Casey-Affleck.... http://www.gq.com/entertainment/celebrities/200711... http://www.imdb.com/name/nm0000729/ http://blogs.indiewire.com/theplaylist/casey-affle...