Cat Farish
Cat Farish

Cat Farish

Farish bin Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Farish (dilahirkan pada 12 Julai 1974) merupakan seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penyanyi rap, penerbit rakaman Malaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge.[1] Beliau mengasaskan Ruffedge pada 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri, The Fabulous Cats pada 2006 dan Tiga Swagger pada 2014. Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.Di luar bidang muzik, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa filem termasuk Remp-It (2006), Impak Maksima (2007), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Coverina (2015) serta telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gerak Khas.

Cat Farish

Genre Hip hop, Pop, R&B
Pengkarya berkait Ruffedge, The Fabulous Cats, Tiga Swagger
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit album, ahli perniagaan
Nama lain Cat Ruffedge (semasa bersama Ruffedge), Cat Fabuloso
Instrumen Vokal, rap
Tahun aktif 1998–kini
Kediaman Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Kelahiran Farish bin Ramli
(1974-07-12) 12 Julai 1974 (umur 45)
Teluk Intan, Perak, Malaysia
Syarikat rakaman Cat Presents Productions
Godzilla Boombox
Pasangan Hartini Ramly (k. 2007; c. 2016)
Anak 3

Rujukan

WikiPedia: Cat Farish http://www.budiey.com/sekitar-prebiu-filem-cuti-cu... http://www.filemkita.com/filem/t/tipah_tertipu_01.... http://www.gempak.com/artikel/801/terlalu-pentingk... http://www.imdb.com/name/nm3603389/ http://malaysiandigest.com/hiburan/658489-cat-fari... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://saintanthony.webs.com http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=01... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...