Cavetown
Cavetown

Cavetown

Robin Daniel Skinner[6] (lahir 15 Disember 1998)[1] juga dikenali sebagai Cavetown, ialah seorang penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman dan YouTuber England. Gaya muziknya bernuansa indie rock, indie pop dan bedroom pop dengan balada ukulele yang lembut.[1] Pada November 2020, beliau telah mengumpulkan lebih dari 5 juta penstrim bulanan di Spotify.[7] Saluran YouTubenya, yang diwujudkan pada November 2012, memiliki 1,49 juta langganan dan 158,9 juta penayangan video pada November 2020.[8] Skinner melancarkan album studio keempatnya, Sleepyhead pada Mac 2020.