Celsius
Celsius

Celsius

'Celsius ialah suatu skala dan unit ukuran suhu. Darjah Celsius (°C) boleh merujuk kepada suatu suhu tertentu pada skala Celsius dan juga selang suhu, iaitu perbezaan antara dua suhu. Skala suhu Celsius ditakrifkan pada asalnya supaya takat beku air berada pada 0 darjah dan takat didih pada 100 darjah di tekanan atmosfera.Mengikut persetujuan antarabangsa kini, unit "darjah Celsius" dan skala Celsius ditentukan oleh dua suhu berbeza: sifar mutlak dan titik tigaan Vienna Standard Mean Ocean Water (VSMOW), khususnya air tulen. Takrifan ini juga mengaitkan skala Celsius dengan skala Kelvin secara khusus, yang mentakrifkan unit asas SI suhu termodinamik dengan simbol K. Sifar mutlak, iaitu suhu di mana entropi mencapai nilai minimum, ditakrifkan sebagai tepat 0 K dan −273.15 °C. Suhu titik tigaan air pula idtakrifkan sebagai tepat 273.16 K dan 0.01 °C.[1]