Ceres_(planet_kerdil)
Ceres_(planet_kerdil)

Ceres_(planet_kerdil)

Ceres (nama planet minor: 1 Ceres) ialah sebuah planet kerdil yang terletak di lingkaran asteroid Sistem Suria di antara orbit Marikh dan Musytari.[1][2][3]. Ceres ditemui pada 1 Januari 1801 oleh Giuseppe Piazzi. Apabila ditemui Ceres dikelaskan sebagai sebuah planet, namun setengah abad kemudian dan selama 150 tahun selanjutnya, Ceres dikelaskan sebagai sebuah asteroid.[4] Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa memutuskan untuk mengubah status Ceres menjadi "planet kerdil".Ceres mempunyai jisim sebesar 9.45 ± 0.04 × 1020 kg. Dengan diameter sekitar 950 km, Ceres adalah benda angkasa terbesar di lingkaran asteroid utama dan planet kerdil terkecil yang diketahui setakat ini. Ia memiliki kira-kira satu pertiga jisim agregat seluruh lingkaran asteroid.[5][6] Ia dinamakan bersempena Dewi Rom Ceres.Permukaan Ceres berkemungkinan terdiri daripada campuran ais air dan pelbagai galian hidrat seperti karbonat dan mineral lempung. Ia kelihatan boleh dibezakan kepada teras batu dan mantel ais, dan mungkin menyembunyikan lautan air di bawah permukaannya. Dari Bumi, magnitud ketara Ceres berjulat daripada 6.7 hingga 9.3, dan oleh itu amat malap untuk dilihat dengan mata kasar kecuali langit sangat gelap.[7]Pada 22 Januari 2014, ahli sains ESA melaporkan pengesanan pengeluaran wap air dari beberapa kawasan latitud-tengah setempat Ceres.[8] Pengesanan muktamad pertama ini dibuat menggunakan keupayaan inframerah jauh Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel.[9] Penemuan ini tidak dijangka kerana walaupun komet lazim mengeluarkan "kepulan dan jet",[9] asteroid secara umumnya tidak.

Rujukan

WikiPedia: Ceres_(planet_kerdil) http://www.spacedaily.com/reports/Ceres_As_An_Abod... http://www.universetoday.com/35925/the-first-aster... http://www.youtube.com/watch?v=gQuR_sIjZFg http://iau-comm4.jpl.nasa.gov/EPM2004.pdf http://www.nasa.gov/mission_pages/dawn/mission/ind... http://www.nasa.gov/press/2014/january/herschel-te... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24451541 //doi.org/10.1007%2Fs11208-005-0033-2 //doi.org/10.1038%2Fnature12918 http://planetary.org/explore/topics/asteroids_and_...