Challah
Challah

Challah

Challah, hallah (חלה), juga dikenali di kawasan lain di dunia Yahudi sebagai barches (Bahasa Jerman dan Bahasa Yiddish barat), berches (Bahasa Swabia), barkis (Gothenburg), bergis (Stockholm), khale (Bahasa Yiddish timur), dan kitke (Afrika Selatan), [1][2] merupakan sejenis roti yang dimakan oleh Yahudi pada Sabbath dan hari perayaan.Perkataan challah tidak bermaksud roti. Sebenarnya akar perkataannya ialah chol yang bermaksud biasa atau sekular.[3]Dalam adat istiadat, makan malam Jumaat dan kedua-dua hidangan makan pada Shabbat dimulakan dengan memberkati dua buku roti. Challah (kata nama ganda: challot) biasanya digunakan. Kedua-dua buku roti ini ditutup dengan kain semasa upacara ini.Pemberkatan ini, "Hamotzi," adalah sama bagi semua roti: "Baruch atah adonai, eloheinu melech ha'olam, hamotzi lechem min ha'aretz" (terjemahan: "Blessed are you, Lord our God, King of the universe, who brings forth bread from the earth".