Chandrayaan-1

Chandrayaan-1 (Bahasa Sanskrit: चंद्रयान-1, harfiah: kenderaan bulan[1][2]) ialah misi penerokaan bulan pertama India yang dijalankan oleh agensi angkasa lepas kebangsaannya Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO). Misi tanpa manusia ini merangkumi sebuah pengorbit bulan dan sebuah penghentam. Kapal angkasanya dilancarkan oleh sebuah PSLV C11 yang diubahsuai pada 22 Oktober 2008.[3] Kapal angkasa ini berjaya masuk ke orbit bulan pada 8 November 2008.[4]Pada 14 November 2008, Moon Impact Probe berjaya berpisah dari Chandrayaan dan mendarat di kutub selatan Bulan pada jam 20:31.[5] Dianggarkan kos keseluruhan projek adalah Rs. 3,860 juta.[6]Satelit bulan penderiaan jauh ini berjisim 1,380 kilogram (3,042 lb) ketika berlepas dan 675 kilogram (1,488 lb) ketika di orbit bulan. [7] Chandrayaan dilengkapi kelengkapan penderiaan jauh berleraian tinggi untuk memperoleh inframerah dekat yang nyata serta frekuensi sinar X lembut dan kasar visible. Selama dua tahun, dikehendaki memantau permukaan bulan untuk menghasilkan peta sifat-sifat kimia bulan lengkap serta topografi tiga dimensi. Kawasan kutub bulan diberi perhatian khusus kerana mungkin mengandungi air batu.[8] Misi bulan ini mengangkut lima buah muatan ISRO dan enam lagi muatan dari agensi-agensi angkasa lain termasuk NASA, ESA, dan Agensi Aeroangkasa Bulgaria yang diangkut secara percuma.[9]Setelah mengalami beberapa kegagalan kecil, termasuk kerosakan pengesan bintang, Chandrayaan berhenti menghantar isyarat radio pada jam 29 Ogos 2009, 1:30 pagi IST (4 pagi waktu Malaysia). Pusat kawalan bumi sudah terputus hubungan dengan Chandrayaan, maka berakhirlah misinya. Chandrayaan beroperasi selama 312 hari dalam orbit bulan, kurang separuh tempoh misi yang ditetapkan selama dua tahun.[10][11][12][13]Antara pencapaiannya ialah penemuan kehadiran molekul air secara meluas dalam tanah bulan.[14]

Chandrayaan-1

Kenderaan Pelancar PSLV-XL / PSLV-C11) (bentuk pengubahsuaian PSLV)
Ketaksepusatan Hampir bulat
Jenis misi Pengorbit
Tempoh misi Ditetapkan: 2 tahun
Dicapai: 312 hari
Kecondongan Kutub
Satelit kepada Bulan
ID COSPAR CHANDRYN1
Kuasa Suria (750 W)
Apoapsis awal 7,500 km (4,660 mi), akhir 100 km (62 mi)
Laman web Chandrayaan-1
Periapsis awal 500 km (311 mi), akhir 100 km (62 mi)
Tarikh Berlepas 22 Oktober 2008 dari Sriharikota, India
Jisim 523 kilogram (1,153 lb)
Pengendali Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India

Rujukan

WikiPedia: Chandrayaan-1 http://www.expressindia.com/latest-news/Chandrayaa... http://www.hindu.com/2008/11/15/stories/2008111560... http://www.hindu.com/2009/08/31/stories/2009083157... http://timesofindia.indiatimes.com/How_India_flew_... http://www.navhindtimes.com/story.php?story=200810... http://www.ndtv.com/convergence/ndtv/moonmission/S... http://www.space.com/missionlaunches/india_moon_05... http://spokensanskrit.de/index.php?tinput=candra&d... http://spokensanskrit.de/index.php?tinput=yaana&di... http://nssdc.gsfc.nasa.gov/nmc/masterCatalog.do?sc...