Pertubuhan_Penyelidikan_Angkasa_Lepas_India
Pertubuhan_Penyelidikan_Angkasa_Lepas_India

Pertubuhan_Penyelidikan_Angkasa_Lepas_India

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Hindi: भारतीय अन्तरिक्ष अनुसंधान संगठन Bhāratīya Antariksh Anusandhān Sangaṭn) atau ISRO (Indian Space Research Organisation), (Hindi: इसरो Isarō) ialah agensi angkasa lepas kebangsaan India. Beribu pejabat di Bangalore, ISRO mempunyai kira-kira 20,000 pekerja, dengan belanjawan sekitar Rs. 41 bilion (AS$940 juta mengikut kadar pertukaran Ogos 2008).ISRO adalah antara enam agensi angkasa lepas kerajaan yang terbesar di dunia, bersama-sama dengan NASA, RKA, ESA, CNSA dan JAPada 0622 waktu tempatan 22 Oktober 2008, ISRO berjaya melancarkan misi angkasa lepas tanpa manusianya ke bulan yang pertama Chandrayaan-1 menggunakan roket PSLVC11 dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, Andhra Pradesh, kira-kira 80 kilometer ke utara Chennai di selatan India.[1][2]

Pertubuhan_Penyelidikan_Angkasa_Lepas_India

Eksekutif agensi
Ibu pejabat Antariksh Bhavan, New BEL Road, Bangalore, India
Dibentuk 15 Ogos 1969
Tapak web Tapak ISRO
Belanjawan tahunan Rs.41 bilion rupee (2008)