Sejarah Changshan

Rencana utama: Sejarah Cheongsam

Changshan, bersamaan dengan qipao, telah diperkenalkan sewaktu Dinasti Qing (abad ke-17-abad ke-20). Orang Manchu pada 1636 mengarahkan semua Suku Cina Han harus mengguna gaya pakaian changshan- atau mereka akan mengalami hukuman yang berat. Meskipun, selepas kejatuhan Dinasti Ming pada 1644, orang Manchu menghentikan perintah ini, dan hanya pegawai laman istana dan kerajaan perlu memakai pakaian Manchu. Rakyat biasa sebenarnya masih boleh memakai hanfu. Meskipun, walaupun rakyat biasa dapat secara bebas menggunakan changshan dan qipao sebagai pakaian mereka sendiri.[1] Oleh itu, gaya pakaian tradisional Hanfu Cina telah akhirnya diganti. Masa demi masa, gaya Manchu mendapatkan kemasyhuran.

Changshan adalah pakaian rasmi lelaki Cina sebelum sut gaya Barat menjadi umum di China.

Changshan lelaki nampak bagus dengan kot luar barat, fedora, dan skarf, dan menggambarkan suatu kemodenan unik Asia Timur.

Revolusi Komunis 1949 mengakhiri pemakaian changshan dan pakaian mirip lain di Shanghai, tetapi pendatang dan pelarian dari Shanghai membawa fesyen tersebut ke Hong Kong di mana ia tetap menjadi masyhur. Kini adanya pembaharuan changshan Shanghai di Shanghai dan tempat lain di tanah besar China.