Plot Chappie

Pihak polis kota Johannesburg, Afrika Selatan membeli satu skuadron android berperisai dari syarikat senjata Tetravaal untuk memenuhi keperluan pasukan mereka yang sudah terbeban kerja akibat kadar jenayah di sana. Salah satu saintis dalam Tetravaal, Deon membangunkan prototaip kepada suatu kecerdasan buatan yang direka memirip keupayaan manusia berfikir dan beremosi. CEOnya Michelle menghalangnya menguji kecerdasan ini, namun Deon nekad dengan mengujinya pada suatu robot yang rosak secara sembunyi.

Deon dan robot dipasangkan ini diculik tiga orang samseng - Ninja, Yolandi dan Amerika - yang mengugutnya robot tersebut agar mampu mencuri untuk mereka yang berhutang 20 juta rand dengan seorang ketua jenayah. Deon menghidupkan dan mengaturcara robot ini di mana ia diajarkan berkata-kata, robot ini turut diberi nama "Chappie". Deon dihalau Ninja dari tempat persembunyian mereka. Chappie kini diperhatikan agar dapat difungsikan sebelum baterinya lupus dalam masa beberapa hari.