Charing Cross Road ialah sebatang jalan
London yang memanjang betul-betul di utara
St Martin-in-the-Fields ke
St Giles' Circus (persimpangan dengan
Jalan Oxford) dan kemudian menjadi
Tottenham Court Road. Ia juga digelar begitu kerana ia mengkhidmat
stesen keretapi Charing Cross (dinamakan bersempena
Charing Cross yang berhampiran).Charing Cross Road telah dimajukan, bersama dengan
Shaftesbury Avenue, oleh
Metropolitan Board of Works di bawah suatu
Akta Parlimen 1877 pada kos £778,238. Kedua-dua jalan ini dan jalan lain seperti
Thames Embankment,
Northumberland Avenue,
Kingsway dan
Aldwych telah dibina untuk memperbaiki laluan kenderaan melalui pusat London. Ia menggabungkan laluan dari beberapa jalan yang lama.
[1]Charing Cross Road terkenal dengan
kedai buku pakar dan terpakai. Bahagian dari
stesen tiub Leicester Square ke
Cambridge Circus adalah kawasan kedai-kedai buku pakar, dan kedai terpakai dan antik lebih umum seperti Quinto Bookshop, Henry Pordes dan Any Amount of Books. Kebanyakan dari kedai ini terletak di tingkat bawah blok yang dimiliki oleh sebuah
persatuan perumahan, yang mengambil keputusan pada 2001 untuk menaikkan sewa secara mendadak bagi menghampiri aras pasaran. Ini ditentang oleh para peniaga buku, yang merasakan mereka menyediakan perkhidmatan berharga dan menyumbang kepada sifat unik kawasan tersebut, dan tidak patut diperlakukan sedemikian oleh sebuah badan bukan-bertujuan-untung. Hujah balas pertubuhan ialah jika penjual buku tidak membayar harga pasaran bermakna mereka disubsidi oleh para penyewa berpendapatan rendah. Para penjual buku berjaya menarik sokongan orang ramai dan kenaikan harga sewa berjaya dikurangkan. Meskipun begitu, beberapa kedai buku tetap ditutup, termasuk Silver Moon, yang tampaknya merupakan kedai buku minat wanita terbesar Eropah, yang menjadi sebahagian daripada
Foyles. Baru-baru ini pula, kedai buku seni Zwemmers dan Shipley tutup pada Disember 2008 manakala
Murder One pada 2009. Kedai buku terpakai dan antik pakar lebih kecil boleh didapati di
Cecil Court yang bersebelahan.Bahagian utara di antara Cambridge Circus dan Oxford Street mempunyai kedai buku lebih umum seperti
Foyles,
Borders dan
Blackwell's. Surat-menyurat berlarutan antara penulis dari
New York Helene Hanff dan kakitangan sebuah kedai buku di sini, Marks & Co., merupakan ilham kepada buku
84 Charing Cross Road (1970). Buku ini dipadankan kepada sebuah
filem 1986 dengan
Anne Bancroft dan
Anthony Hopkins dan juga kepada sebuah drama teater dan drama radio
BBC. 84 Charing Cross Road sudah tidak menjadi kedai buku lagi kini.Tempat muzik
Astoria terletak di sini, sama juga dengan salah satu tapak
Central Saint Martins College of Art and Design, serta kedai muzik di
Denmark Street (dikenali sebagai
Tin Pan Alley Britain). Beberapa teater terletak berhampiran, seperti
Phoenix Theatre yang pintu masuknya terletak di Phoenix Street bersebelahan.Satu ciri tempatan menarik boleh ditemui di tengah Charing Cross Road di simpangnya dengan
Old Compton Street. Di bawah jerejak pulau trafik di tengah jalan, isyarat jalan lama bagi Little Compton Street yang tidak lagi wujud boleh dilihat. Jalan ini dahulu menyambungkan Old Compton Street dengan New Compton Street.Di tepi hujung selatan jalan ini ialah sebuah patung
Edith Cavell. Ke arah hujung utara pula ialah
Phoenix Garden - sebuah taman alam sekitar yang dikelolakan penduduk tempatan.Dalam buku
Harry Potter, pub
Leaky Cauldron terletak di Charing Cross Road.