Chaumes
Chaumes

Chaumes

Chaumes adalah keju Perancis bertekstur lembut yang dibuat dengan menggunakan susu lembu yang dipasteur lebih dulu.[1] Keju ini merupakan salah satu keju yang popular di Perancis dan dihasilkan oleh syarikat keju yang bernama Fromageries des Chaumes.[1] [2] Bahagian kulit keju Chaumes bertekstur lembut dan memiliki warna jingga terang.[1] [2] Sementara itu, bahagian dalam keju ini halus, anjal dan elastik.[1] [2] Sejak tahun 1977, keju Chaumes telah dibuat di Saint Antoine de Breuilh, Dordogne.[3] Resepi pembuatan keju ini tetap sama sejak pertama kali dibuat pada tahun 1971.[3] Keju Chaumes dicuci dan disikat beberapa kali sepanjang proses pematangannya.[3] Proses pematangan tersebut sangat penting dalam menciptakan aroma keju ini.[3]

Chaumes

Negara asal Perancis
Sumber susu Lembu
Tekstur Lembut
Dipasteurkan Ya
Tempoh penuaan 4 minggu
Kandungan lemak 50%
Pensijilan Tidak[1]