Chew_Peck_Choo

Chew Peck Choo merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau memenangi kerusi di kawasan N19 Yong Peng, negeri Johor. Beliau dipilih atas tiket parti PH-DAP dan mendapat 12,307 undi dengan majoriti 5,089 undi semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018.Beliau pernah bertanding semasa Pilihan raya umum Malaysia 2004 di kerusi yang sama tetapi tewas. Walau bagaimanapun, semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di tempat yang sama dan berjaya mengalahkan calon penyandang iaitu Lim Kee Moi dari BN-MCA dan berjaya menewaskannya dengan majoriti 2,475 undi.