Chingiz_Mustafayev

Chingiz Mustafayev (Bahasa Azeri: Çingiz Fuad oğlu Mustafayev; 29 Ogos 1960 - 15 Jun 1992) adalah pemberita bebas Azerbaijan yang menonjol, yang dianugerah Wira Kebangsaan Azerbaijan oleh negara selepas kematiannya.[1] Mustafayev, tanpa latar belakang rasmi atau ijazah dalam kewartawanan kecuali setahun latihan semasa kerja, mencipta anthologi video semasa peringkat awal Perang Nagorno-Karabakh, sebahagian besar dokumentari perlu dirakam di perbatasan hadapan yang akhirnya menyebabkan kematian mengejutnya akibat kecederaan akibat terkena motar.[2]Dia merupakan orang yang merakamkan kekejaman demi kekejaman dalam Pembunuhan beramai-ramai Khojaly pada tahun 1992. Untuk merakamkan penyembelihan tersebut, Mustafayev mengembara menggunakan helikopter tentera yang kebanyakan masa menerima tembakan hebat musuh. Dia berjaya merakamkan gambar yang menjadi bukti kepada kekejaman yang menunjukkan beratus-ratus mayat terbaring di padang diselitupi salji di Khojaly.[3] Filem tersbut diikuti dengan ulasan dengan tangisan dan esakan beremosi Mustafayev ketika dia menggambarkan kekejaman yang dia lihat ketika membuat rakaman.Akhbar rasmi Azerbaijani cuba menyembunyikan fakta bahawa bandar tersebut telah dihapuskan bersama wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya oleh pasukan Armenian, sungguhpun akhirnya filem Mustafayev menunjukkan bukti yang tdiak dapat disangkal bahawa penyembelihan besar-besaran telah berlaku. Pemerhati Hak manusia dan persatuan Peringatan Rusia meletakkan penyembelihan tersebut pada pasukan Armenian.Menurut saudara lelakinya Vahid Mustafayev, dalam tempoh lapan bulan Mustafayev telah merakam dan dikredit bagi 18 buah dokumentari mengenai perang di Karabakh, meninggalkan dokumentasi sejarah yang banyak.

Rujukan

WikiPedia: Chingiz_Mustafayev http://www.ans.az/history.php http://www.internet.news.az/showart.php?id=4197&la... http://en.trend.az/news/culture/1436185.html http://azer.com/aiweb/categories/magazine/ai134_fo... http://www.azer.com/aiweb/categories/magazine/73_f... http://chingizclub.com/milli_qehreman.aspx http://www.chingizmustafayev.com/sehife.php http://edition.cnn.com/video/#/video/international... http://az.timeturk.com/cingiz-mustafayev-kimdir-99... http://mirzexezerinsesi.net/articles/search?q=korr...