Kerjaya Chou_Tzu-yu

Pada tahun 2014, Tzuyu muncul di dalam video muzik kumpulan GOT7 untuk lagu "Stop Stop It" dan pada tahun 2015, beliau muncul di dalam video muzik kumpulan miss A untuk lagu "Only You".

Selepas lebih dua tahun latihan, beliau muncul dalam rancangan realiti Korea Selatan, Sixteen pada tahun 2015 dimana beliau dipilih sebagai salah seorang daripada sembilan ahli kumpulan wanita baru, Twice. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada bulan Oktober 2015.