Christopher_Wren
Christopher_Wren

Christopher_Wren

Sir Christopher Michael Wren PRS (20 Oktober 1632 – 25 Februari 1723) adalah salah seorang arkitek Inggeris yang paling disanjung dalam sejarah.[1] Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membina semula 52 buah gereja di Bandaraya London selepas Kebakaran Agung pada tahun 1666, termasuklah karya agungnya, Katedral St. Paul, di Bukit Ludgate London yang disiapkan pada tahun 1710.