Sejarah Chūō,_Tokyo

  1. 1612: Shogun Tokugawa Ieyasu, merancang untuk menubuhkan Edo sebagai ibu kota sementara Jepun. Sepanjang tempoh Edo, kawasan ini dikenali sebagai Edomachi.Banyak pasir bertimbun di delta Sungai Sumida sebelum diisi oleh shogunate.
  2. 1657: Selepas kebakaran besar, kawasan dirancang semula dengan terusan untuk menampung perdagangan maritim.
  3. 1869: Petempatan asing dibina di Tsukiji sehingga 1899.
  4. 1872: Berlaku kebakaran di Ginza. Gabenor Tokyo merancang semula Ginza mengikut gaya Eropah terutama di Shinbashi (Terminal keretapi utama di selatan dan Nihonbashi ke utara.
  5. 1878: Wad Nihonbashi dan Kyobashi dibina di bawah kerajaan Tokyo City, meliputi kawasan yang kini dikenali sebagai Chuo.
  6. 1945: Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, beberapa bangunan diambil alih oleh SCAP sebagai kem tentera. Ini termasuklah Syarikat Jam Tangan Hattori, kedai Matsuya, dan bangunan Toshiba. Bangunan-bangunan ini dikembalikan kepada kawalan awam Jepun menjelang 1951.
  7. 1947: Wad Chuo diasaskan pada 15 Mac 1947 di bawah Undang-undang Autonomi menggabungkan Nihonbashi dan wad Kyobashi.