Geografi Chūō,_Tokyo

Chuo di kawasan tengah Tokyo, dikelilingi oleh lima wad khas iaitu Chiyoda, Minato, Taito, Sumida, dan Koto.

Pentadbiran wad Chuo dibahagikan kepada tiga zon iaitu Nihonbashi, Kyobashi dan Tsukishima. Nihonbashi dan Kyobashi kebanyakannya adalah kawasan perdagangan komersial di sebelah timur Stesen Tokyo dan menggabungkan daerah yang terkenal iaitu Ginza dan Tsukiji. Tsukishima adalah sebuah pulau yang berasingan di Teluk Tokyo yang didominasi oleh banyak kondominium dan menara.

Sehingga Perang Dunia II, kawasan tersebut dibahagikan oleh sungai dan terusan.Bot-bot kecil merupakan jalan perdagangan utama pada masa itu. Selepas perang, jalan air bertukar kepada jalan raya, bangunan baru dan lebuh raya.

Chuo dari segi fizikal adalah wad kedua terkecil di Tokyo, dengan jumlah kawasan yang hanya 10,15 km². Hanya wad Taito yang lebih kecil.