Terusan
Terusan

Terusan

Terusan ialah laluan air buatan manusia yang selalunya disambungkan dengan tasik, sungai, atau laut. Terdapat dua jenis terusan iaitu terusan untuk tujuan pertanian (mengalirkan air ke tanaman) dan terusan untuk tujuan pengangkutan air.Terusan pengangkutan yang kecil dapat menampung sampan-sampan dan kapal-kapal kecil manakala terusan perkapalan dapat menampung kapal-kapal besar dan dapat disambungkan terus ke laut.Di negara yang menjadi pengeluar komoditi padi misalnya Thailand, Kemboja, Indonesia, Vietnam dan Malaysia, tali air biasanya dibina bagi membolehkan padi-padi yang ditanam di lapangan bendang mendapat bekalan air pada kadar kelembapan yang sesuai dan seterusnya menghasilkan hasil tuaian diantara 2 hingga 3 kali setahun.