Cicakman_2:_Planet_Hitam
Cicakman_2:_Planet_Hitam

Cicakman_2:_Planet_Hitam

Cicakman 2: Planet Hitam, atau Cicakman 2 ialah filem aksi cereka sains komedi adiwira Malaysia 2008 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh Yusry dan Meor Shariman terbitan KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance.[2] Ia merupakan kesinambungan daripada filem Cicak-Man dan filem kedua dalam trilogi Cicak-Man.[3][4][5] Filem ini mengisahkan tentang kekecohan di Metrofulus apabila bandar itu dilanda pencemaran air yang teruk, yang dikatakan berpunca daripada sistem kawalan air mentah yang dicipta oleh Profesor Klon. Kemunculan Rrama telah menimbulkan masalah apabila dia bertindak menghapuskan semua musuh Profesor Klon termasuk Cicak-Man. Pada masa yang sama, Ginger Ghosts pula kembali untuk membalas dendam terhadap Cicak-Man atas kematian mereka.[6][7] Saiful Apek, Yusry, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie dan Jalaluddin Hassan kembali menjayakan watak masing-masing.[8][9]Penggambaran dijalankan pada Oktober 2007 di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan dimuktamadkan pada Disember 2007. Filem ini ditayangkan pada 11 Disember 2008 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[10] Ia menjadi kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.7 juta berbanding filem pertama yang memperoleh kutipan RM6.7 juta.[11][12] Di Indonesia, filem ini ditayangkan pada Januari 2009. Filem ini telah menerima 2 anugerah dari 9 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungannya dengan menampilkan pelakon baharu, Cicakman 3, dikeluarkan pada Mac 2015.

Cicakman_2:_Planet_Hitam

Bahasa Melayu
Durasi tayangan 107 minit
Muzik oleh Edry Abdul Halim
Disunting oleh Mohd Elmy Khalim
Pengarah Yusry Abdul Halim
Penulis
Dihasilkan oleh
Pecah panggung RM 2.7 juta
Syarikatpenerbitan
Lakon layar Yusry Abdul Halim
Sinematografi Mohd Filus Ghazali
Bajet RM 2.5 juta
Tarikh tayangan
  • 11 Disember 2008 (2008-12-11) (Malaysia)
[1]
Negara Malaysia
Diedarkan oleh Grand Brilliance
Dibintangi

Rujukan

WikiPedia: Cicakman_2:_Planet_Hitam http://krusingapore.blogspot.com/2007_08_01_archiv... http://cicakman.com/cicakman2/main.html http://www.imdb.com/title/tt1483347/ http://movies.my.msn.com/article.aspx?cp-documenti... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H... http://cinemamalaysia.com.my/film/news/?id=Cicakma... http://cinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Kel... http://cinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Tun... http://api.hmetro.com.my/node/39489 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d...