Penerbitan Cicakman_3

Filem ini telah kembali kepada formula asal filem Cicakman iaitu komedi dengan disulami elemen kekeluargaan.[4] Walau bagaimanapun, filem ini bukan filem kesinambungan dua filem sebelumnya mahupun reboot kerana berkisarkan watak serta jalan cerita yang berbeza secara keseluruhannya.[5] Teraju utama bagi dua filem sebelum ini iaitu Saiful Apek dan Fasha Sandha telah dibersarakan dan digantikan oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani.[6][7]Zizan Razak sangat teruja untuk menggalas tanggungjawab sebagai Cicakman dan mengulas ianya sebagai "satu peluang yang tidak dapat dilepaskan". Filem ini merupakan filem pertama Lisa Surihani di bawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim.[8]

Filem ini telah menjalani penggambaran di Universiti SEGi, Kuala Lumpur dan Johor Bahru serta memakan masa selama 44 hari bermula 15 Ogos 2013.[9] Filem ini merupakan yang pertama dalam trilogi ini yang menampilkan arahan bersama Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta hasil terbitan tiga syarikat produksi, KRU Studios, Astro Shaw dan Grand Brilliance.[10] Nama-nama tempat di dalam filem ini mendapat inspirasi daripada filem P. Ramlee seperti nama negeri Isketambola dalam filem Tiga Abdul.[11]

Kostum bagi filem ini merupakan yang paling mahal berbanding dua filem sebelumnya dengan harga mencecah RM 100 ribu serta memakan belanja terbesar dalam produksi filem ini. Sut kostum Cicak Man dan Super Bro, masing-masing dihasilkan lebih daripada satu dengan antara salah satu kostum Cicak Man digunakan untuk adegan terbakar. Kostum Super Bro pula dihasilkan lengkap dengan sistem teknologi, menjadikannya lebih mahal daripada kostum Cicak Man. Fizz Fairuz mengakui kesukarannya untuk memakai kostum Super Bro. “Proses memakainya saja sudah rumit. Itu belum lagi ketika berlakon dan melakukan pergerakan. Memang saya tidak selesa, lebih-lebih lagi terpaksa memakainya selama tiga jam dalam sehari”. [12]

Kostum Cicakman telah dikritik oleh peminat kerana kelihatan kurang kemas dan terlalu ringkas.[13] Pengarah filem, Yusry Abdul Halim, walau bagaimanapun menjelaskan kostum tersebut memang direka sedemikian agar kelihatan lebih realistik dengan jalan cerita di mana kostum tersebut dibeli oleh Man (Zizan Razak) dari kedai kostum.[14]

Rujukan

WikiPedia: Cicakman_3 http://english.astroawani.com/entertainment-news/l... http://www.astroawani.com/kini-trending/sneak-peek... http://beautifulnara.com/filem-cicakman-3-kutip-rm... http://beautifulnara.com/kostum-cicakman-3-nampak-... http://www.imdb.com/title/tt3229648/ http://www.rotikaya.com/cicak-man-3-tonjol-kelaina... http://twitchfilm.com/2014/12/malaysias-lizard-pow... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.hmetro.com.my/node/27271 http://www.hmetro.com.my/node/33835