Jenis Cilok

Cilok asas biasanya adalah bola ubi kayu yang direbus dan disajikan dengan kuah kacang. Walau bagaimanapun, terdapat banyak variasi penambahan, isi dan sos bergantung kepada kreativiti para jurumasak. Contohnya ialah cilok yang diisi dengan telur puyuh yang disajikan dalam sos udang kering.[3] Berbagai jenis cilok biasanya dinamakan sempena pelbagai bahan perasa tambahan yang disajikan dengannya. Antaranya ialah cilok biasa, cilok daging,[2] cilok kuah, cilok goang,[4] cilok isi ayam,[5] cimol dan cimor.[6]