Cilok
Cilok

Cilok

Cilok (Bahasa Sunda: ᮎᮤᮜᮧᮊ᮪; Jawi: ‏چيلوق‎‎) ialah sejenis makanan khas Jawa Barat, Indonesia yang terbuat daripada ubi kayu yang kenyal dengan tambahan bumbu pelengkap seperti kuah kacang, kicap, dan sos.[1] Cilok berbentuk bulat seperti bakso. Tekstur cilok agak kenyal, bentuk dan teksturnya sangat mirip dengan dango di Jepun, walaupun hampir semua jenis cilok memang savuri dibandingkan dengan dango yang manis. Dalam bahasa Sunda, cilok merupakan singkatan dari "aci dicolok" atau "ubi kayu yang dicucuk", kerana bebola ubi kayi ini dicucuk dengan lidi.Cilok juga merupakan makanan jalanan yang terkenal, biasanya dijual oleh penjual perjalanan menggunakan kereta sorong atau basikal yang sering mengunjungi kawasan perumahan, pasar, di tepi jalan, atau ditempatkan di depan sekolah. Bebola ubi kayu kenyal dengan kuah kacang yang menyelerakan adalah makanan ringan yang popular di kalangan kanak-kanak di sekolah Indonesia.[2]