Cinta_Oh_Cinta_(album)

Cinta Oh Cinta merupakan album solo ketiga dan terakhir daripada penyanyi dangdut popular Amelina yang dterbitkan pada 11 September 1997[1]. Album ini masih mengekalkan Ruslan Mamat sebagai penerbit bersama Iwan Syahman, manakala gabungan komposer Malaysia dan Indonesia digunakan untuk mencipta kesemua lagu dalam album ini. Ia dirakamkan di kota Bandung dan Kuala Lumpur.Album ini dicalonkan di Anugerah Industri Muzik ke-5 untuk kategori Album Pop Etnik Terbaik namun tewas kepada sebuah lagi album dangdut terbitan Ruslan Mamat iaitu Dunia Cinta nyanyian Mas Idayu. Selepas album ini Amelina menghilang dari dunia seni dan ditambah dengan kesuraman muzik dangdut.

Cinta_Oh_Cinta_(album)

Dikeluarkan pada 11 September 1997 (1997-09-11)
Penerbit Ruslan Mamat
Iwan Syahman
Nasser Abu Kasim (Eksekutif)
Dirakam pada 1996-1997
Genre Dangdut
Syarikat Warner Music Malaysia