Penerbitan Cinta_Untuk_Ain

Cinta Untuk Ain diperkenalkan melalui sebuah sidang media di Sri Pentas pada Februari 2009. Apabila ditanya mengenai pengaruh Rashid Sibir, mentor kepada Heykal dalam bidang pengarahan, Heykal menjelaskan, "Saya tidak nafikan pengaruh Rashid memang ada setiap kali saya mengarah drama kerana saya tidak boleh lari daripada gaya kerjanya memandangkan dia cikgu saya. Banyak ilmu diturunkan Rashid kepada saya. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang penerbitan drama mahupun filem sehinggalah sekarang."[1]

Que Haidar menceritakan pengalamannya, "Saya pernah berlakon cerita-cerita cinta, tetapi saya akui pada awalnya agak ragu-ragu juga untuk bawa karektor romantik dalam drama ini. Tambahan pula digandingkan dengan Nabila yang memang 'gila-gila' macam saya juga. Tetapi pengarah, Heykal Hanafiah dan Nabila sendiri banyak membantu. Malah, adakalanya seluruh krew tidak ketinggalan membantu kami."[2]