Plot Cinta_Untuk_Ain

Ain yang baru kematian ibunya terpaksa menjadi mangsa baran bapa tirinya, Kamal, seorang kaki judi yang ketagih sekali sehingga sanggup menjual Ain kepada Farid setelah banyak berhutang kerugian judi kepadanya. Dalam dipaksa menjadi pelacur di bawah jagaan Farid, Ain melarikan diri berjauhan ke bandar dalam keadaan uzur, sehingga rebah di hadapan sebuah rumah. Mujurlah dia diselamatkan oleh tuan punya rumah itu, Rahim dan Milah, lalu menjaganya seperti anak mereka sendiri. Sayangnya, disebabkan demam panas bercampur traumanya, Ain mengalami amnesia dan sempat mengingat namanya sahaja tanpa mengenang kejadian lalu yang pahit itu.

Lama-kelamaan Ain menjadi dewasa, ketika membeli-belah bersama kawan, dia bertemu dengan Shahrul, lambat-laun menjalin hubungan cinta. Pada masa yang sama, Ain mengalami kekusutan mengenai masa silamnya, setelah ayah angkatnya menceritakan saat dia dan Milah menemui Ain dahulu.