Citrawarna

Citrawarna adalah program promosi pelancongan yang memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia. Citrawarna dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pihak lain. Program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun pada bulan Mei setiap tahun, sebelum cuti pertengahan tahun. Hotel-hotel dan restoran akan mengadakan majlis tersendiri seperti masakan tempatan dengan citarasa mengikut negeri.Program ini menyamai perarakan Rosa Pasadena, Amerika Syarikat dan banyak tempat lain di dunia. Setiap tahun ada tema yang tersendiri. Sejak 1999, program pelancongan bertema kebudayaan ini diadakkan bagi membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan warna-warni.