Sejarah Citrawarna

Sebelum ini Citrawarna dinamakan sebagai 'Pesta Malaysia'. KKKPM telah mnganjurkan Pesta Malaysia sejak 1987, Pesta Makanan dan Buah-buahan (1988), Tahun Melawat Malaysia Pertama (1990), Pesta Malaysia (iaitu semasa Tahun Melawat Malaysia Kedua pada 1994), Citrawarna Malaysia bersama “Malaysia Truly Asia” (1999), Kempen Pelancongan domestik (Cuti-Cuti Malaysia) 1999, Pesta Air Nasional (2000) dan Rumah Terbuka Malaysia (2001).

Dianggarkan penganjuran Citrawarna Malaysia, Pesta Air dan Rumah Terbuka Malaysia menelan belanja antara RM1 juta hingga RM3 juta. Misalnya, Utusan Malaysia (3 Oktober 1999) melaporkansebanyak RM3 juta wang awam dibelanjakan untuk menganjurkan Citrawarna Malaysia pada tahun 1999. Sesetengah pesta itu menelan belanja lebih besar daripada angka tersebut.

Pesta kebudayaan yang pertama di peringkat nasional boleh ditandai oleh penganjuran Pesta Seni Kebudayaan pada tahun 1956 di Kuala Lumpur.Hampir 200,000 penonton hadir. Pesta ini diusahakan Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Acara yang dipersembahkan ketika itu ialah Tarian Zapin, Ronggeng ,Tarian Asyik, Makyong dan Tarian Mak Inang (Sheppard :1972: 93).[1]