Citroën
Citroën

Citroën

Citroën adalah sebuah syarikat pembuat kereta Perancis yang bermula operasi pada tahun 1919 oleh André Citroën. Kini, ia adalah sebahagian daripada PSA Peugeot Citroën. Ibu pejabatnya terletak di Paris.Pada asalnya, Citroën adalah pembuat kereta secara besar-besaran dengan rekabentuk yang agak ringkas, tetapi pada 1934 Citroën memasarkan innovasi baru Traction Avant (kerete pandu hadapan) (1934-1956). Sehingga hujung 1980-an syarikat kereta ini mempunyai reputasi untuk merekabentuk kereta dengan cara unik. Model signifikan yang lain adalah seperti H Van (1947-1981, "HY"), 2CV (1948-1990, "Ugly Duckling"), DS (1955-1975) dan CX (1974-1989).