Clarivate
Clarivate

Clarivate

Clarivate ialah syarikat yang dibentuk pada 2016, setelah Intellectual Property and Science Business Thomson Reuters dibeli oleh Onex Corporation dan Baring Private Equity Asia.[3] Pada 13 Mei 2019, Clarivate bergabung dengan Churchill Capital Corp dan tersenarai awam di Bursa Saham New York dengan menggunakan simbol CCC.[4] Dalam usaha untuk meningkatkan pengenalan jenamanya, Clarivate mengumumkan akan mengganti simbol sahamnya menjadi NYSE: CLVT, mulai 1 Februari 2021.[5]Clarivate memiliki dan mengendalikan kumpulan perkhidmatan berasaskan langganan yang sebahagian besar berfokus pada analitik, termasuk penyelidikan saintifik dan akademik, piawaiam paten intelektual dan kepatuhan, tanda dagang intelektual farmasi dan biotek, serta perlindungan domain dan jenama.[6] Perkhidmatannya termasuk Web of Science, Cortellis, CPAglobal, Derwent, Derwent World Patents Index, CompuMark, MarkMonitor, Techstreet, Publons, EndNote, Kopernio, dan Thomson Reuters.[7]