Clark_Gable
Clark_Gable

Clark_Gable

William Clark Gable (1 Februari 1901 – 16 November 1960) merupakan seorang pelakon dan pegawai tentera Amerika Syarikat, yang digelar "Raja Hollywood".[1] Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon pentas dan muncul sebagai watak tambahan dalam filem senyap dari tahun 1924 sehingga 1926, sebelum menjadi pelakon pembantu untuk beberapa buah filem Metro-Goldwyn-Mayer pada tahun 1931. Tahun berikutnya, beliau mula memegang watak utama dan bertahan selama tiga dekad dengan lebih daripada 60 buah filem. Gable pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi untuk It Happened One Night (1934),[2] dan tercalon untuk Mutiny on the Bounty (1935) dan Gone with the Wind (1939).Antara filem terkenal Gable adalah Red Dust (1932), Manhattan Melodrama (1934), San Francisco (1936), Saratoga (1937) Boom Town (1940), The Hucksters (1947), Homecoming (1948), dan The Misfits (1961), yang menjadi filem terakhir beliau.[3]Filem terakhir Gable, The Misfits (1961), menyatukan beliau bersama Marilyn Monroe (yang juga filem lengkap terakhir Monroe[lower-alpha 1]). Institut Filem Amerika Syarikat menyenaraikan Gable di tempat ketujh sebagai legenda lelaki perfileman klasik Amerika.[2]

Clark_Gable

Dikebumikan Forest Lawn Memorial Park, Glendale
Pekerjaan Pelakon
Pangkat Major
Pasangan
Anugerah
Anak 2, termasuklah Judy Lewis
Tahun aktif 1924–1960
Nama lain Raja Hollywood
Tahun perkhidmatan 1942–44
Unit 351st Bomb Group
Kesetiaan  United States of America
Pertempuran Perang Dunia Kedua
Meninggal dunia 16 November 1960(1960-11-16) (umur 59)
Los Angeles, California, A.S.
Saudara Clark James Gable (cucu)
Kelahiran William Clark Gable
(1901-02-01)1 Februari 1901
Cadiz, Ohio, A.S.
Perkhidmatan United States Army Air Forces

Rujukan

WikiPedia: Clark_Gable http://www.afi.com/Docs/100years/stars50.pdf http://www.aveleyman.com/ActorCredit.aspx?ActorID=... http://cogersonmoviescore.com/clark-gable-movies-b... http://m.huffpost.com/us/entry/1244759 http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000022/ http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://www.virtual-history.com/movie/person/603/cl... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...