Clemmys
Clemmys

Clemmys

Clemmys guttataClemmys ialah genus kura-kura. Ia terdiri daripada satu-satunya spesies dari Amerika Utara iaitu kura-kura Bintik (C. guttata).Sebelum ini, genus Clemmys terdiri daripada empat spesies, iaitu Kura-kura Rawa, Kura-kura Bintik, Kura-kura Kolam Barat, dan Kura-kura Kayu. Bagaimanapun, analisis genetik terkini mengesahkan bahawa Kura-kura Bintik mempunyai perbezaan berbanding ketiga-tiga spesies tersebut.[1] Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu dipindahkan ke genus Glyptemys manakala Kura-kura Kolam Barat pula dialihkan di bawah genus Actinemys. Menjadikan kura-kura Bintik satu-satunya spesies dalam genus Clemmys.[2]Populasi Kura-kura Bintik semakin menurun di Amerika Utara disebabkan pemburuan dan pemusnahan habitat.[3]