Glyptemys
Glyptemys

Glyptemys

Glyptemys ialah genus kura-kura dalam keluarga Emydidae. Ia mengandungi dua spesies, iaitu Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu, kedua-duanya berasal (endemik) dari Amerika Utara. Dahulunya, kedua-dua spesies kura-kura ini pernah dikelaskan ke dalam genus Clemmys, yang kini hanya mempunyai satu sahaja spesies, iaitu Kura-kura Bintik. Kura-kura ini boleh membesar sehingga 8.9 dan 20 cm (3.5 dan 7.9 inci). Mereka bersifat semiakuatik, walaupun sifatnya bergantung kepada musim. Sifat-sifat Morfologi mereka adalah unik berbanding spesies lain. Kura-kura Glyptemys mendiami kawasan rawa, tasik dan sungai yang mengalir perlahan. Mereka menjadikan serangga, tumbuh-tumbuhan, invertebrata kecil sebagai makanan. Kura-kura ini dilindungi habitatnya.

Rujukan

WikiPedia: Glyptemys ftp://ftp-fc.sc.egov.usda.gov/WHMI/WEB/pdf/Technic... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/collection_2008/ec/CW69... http://snakeawareness.com/bogturtle/bogturtle.pdf http://www.eve.ucdavis.edu/shafferlab/monograph/TT... http://libres.uncg.edu/ir/uncg/f/umi-uncg-1170.pdf http://www.ct.gov/dep/cwp/view.asp?A=2723&Q=325976 http://www.mass.gov/dfwele/dfw/nhesp/species_info/... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=130... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/...