Sejarah Coldplay

1996–1999: Pembentukan kugiran dan tahun-tahun awal

Chris Martin dan Jonny Buckland bertemu buat pertama kalinya semasa minggu orientasi di Kolej Universiti London (UCL) pada September 1996.[8] Mereka meluangkan masa mereka di universiti dengan merancang untuk membentuk sebuah kugiran, dan akhirnya Pectoralz terbentuk.[1] Guy Berryman, rakan sekelas Martin dan Buckland kemudiannya menyertai kugiran itu. Pada 1997, kumpulan tersebut dinamakan semula sebagai Starfish, membuat persembahan untuk promoter Camden tempatan di kelab-kelab kecil.[nota 1] Martin juga telah mengambil rakan sekolahnya Phil Harvey, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang klasik di Universiti Oxford untuk menjadi pengurus kugiran.[nota 3] Coldplay telah menerima dan menganggap Harvey sebagai ahli kelima kumpulan itu.[2] Barisan anggota kumpulan tersebut selesai apabila Will Champion menyertai mereka sebagai pemain alat genderang. Champion membesar dengan bermain piano, gitar, bes dan wisel tin; beliau belajar bermain dram dengan cepat (meskipun tidak mempunyai pengalaman).[1] Kumpulan itu akhirnya menetapkan dengan nama "Coldplay" yang dicadangkan oleh Tim Crompton, pelajar tempatan yang telah menggunakan nama untuk kumpulannya.[2]

Pada tahun itu juga, Martin telah berjumpa dengan pelajar jurusan klasik Tim Rice-Oxley, di mana semasa hujung minggu di kampung Virginia Water, Surrey, mereka bertanya sesama sendiri untuk memainkan lagu mereka dengan menggunakan piano. Martin mendapati bahawa Rice-Oxley cukup berbakat dan bertanya kepadanya untuk menjadi pemain papan nada untuk Coldplay tetapi Rice-Oxley menolak kerana beliau telah mempunyai kugirannya sendiri, Keane yang sedang aktif ketika itu. Beberapa hari selepasnya, peristiwa itu mungkin akan membentuk barisan kedua ahli kumpulan untuk Keane dan Coldplay walaupun akhirnya ia tidak berubah dan kedua-dua kugiran itu kekal dengan empat orang ahli akhirnya.[9] Pada 1998, Coldplay melancarkan 500 salinan untuk EP Safety.[10] Kebanyakan salinan diberikan kepada syarikat-syarikat rakaman dan rakan-rakan; hanya 50 salinan yang tinggal untuk dijual. Pada Disember tahun itu, Coldplay menandatangani dengan syarikat bebas Fierce Panda.[10] Pelancaran pertama bersama syarikat itu ialah single tiga runut "Brothers and Sisters" (Abang dan Kakak), di mana mereka telah merakamkan single selama empat hari pada Februari 1999.[10]

Selepas selesai peperiksaan akhir mereka, Coldplay menandatangani kontrak lima album dengan Parlophone pada awal 1999. Selepas membuat penampilan sulung di Glastonbury, kugiran itu pergi ke studio untuk merakamkan EP kedua berjudul The Blue Room.[nota 4] Lima ribu salinan disediakan untuk dijual kepada orang awam pada Oktober[nota 5] dan single "Bigger Stronger" (Lebih Besar Lebih Kuat) menerima tayangan ke udara di BBC Radio 1. Sesi-sesi rakaman untuk The Blue Room dalam keadaan kacau-bilau. Champion telah dipecat daripada kumpulan, tetapi Martin kemudiannya merayu kepada beliau untuk kembali setelah menghalaunya keluar, dan sebab rasa bersalah, mereka pergi minum secara lewah. Akhirnya, kugiran itu menyelesaikan perbezaan mereka dan menetapkan peraturan supaya kumpulan itu tidak terjejas. Mendapat ilham daripada kugiran seperti U2 dan R.E.M., Coldplay memutuskan bahawa mereka akan berfungsi sebagai satu demokrasi. Tambahan lagi, kugiran itu memutuskan untuk memecat sesiapa sahaja yang mengambil dadah berbahaya.[11]

1999–2001: Parachutes

Rencana–rencana utama: Parachute dan Parachutes Tour

Coldplay pada asalnya merancang untuk merakamkan album penampilan sulung mereka dalam masa dua minggu. Walau bagaimanapun, aktiviti jelajah dan persembangan langsung yang lain menyebabkan sesi rakaman menjangkau di antara September 1999 hingga April–Mei 2000.[nota 6] Album itu dirakamkan di Rockfield Studios, Matrix Studios, dan Wessex Sound Studios bersama penerbit Ken Nelson, walaupun kebanyakan runut lagunya dirakamkan di Parr Street Studios, Liverpool. Proses pengadunan untuk kesemua lagu dilakukan oleh jurutera Amerika Michael Brauer di New York.[12]

Selepas melancarkan tiga album mini tanpa lagu yang meletup, Coldplay mendapat kedudukan 40 teratas yang pertama melalui single utama album Parachutes, "Shiver" yang dikeluarkan pada Mac 2000 dan ia memuncak pada kedudukan ke-35 di Carta Single UK.[nota 7] Jun 2000 merupakan detik penting dalam sejarah Coldplay apabila mereka memulakan jelajah utama pertama mereka termasuklah membuat persembahan di Festival Glastonbury. Kugiran itu juga melancarkan single cemerlang mereka, "Yellow".[nota 8] Ia adalah pelancaran pertama mereka yang berada dalam kedudukan lima teratas, meningkat kepada nombor empat di Carta Single UK.[nota 8] "Yellow" dan "Shiver" pada asalnya dilepaskan sebagai album mini pada musim bunga tahun 2000.[13] Lagu yang terdahulu kemudiannya dilancarkan sebagai single di United Kingdom pada 26 Jun 2000. Di Amerika Syarikat, lagu itu dikeluarkan sebagai single utama daripada album penampilan sulung mereka. Pada Oktober 2000, runut tersebut dihantar ke stesen-stesen radio maktab dan alternatif di Amerika Syarikat.[14]