Coming_out

Melela [mĕ-lé-la] (Bahasa Inggeris: coming out [of the closet] - bermaksud "keluar daripada almari") merujuk kepada perlakuan mendedahkan kecenderungan seksual atau identiti gender sendiri dalam kalangan masyarakat yang berkecenderungan rasa tertarik sesama jenis (baik sesama lelaki, perempuan atau dengan kedua-duanya) ataupun yang merasakan identiti gender sendiri berbeza daripada yang diberikan semasa lahir. Perilaku ini sering dilakukan sesama kenalan rapat sama ada dalam kalangan anggota keluarga atau sahabat handai dengan harapan situasi dihadapi mereka akan diterima dengan tenang dan baik. Pengumuman diri sebegini sering berkait dengan hal privasi seseorang. Fenomena ini sering dirasa banyak orang yang melakukan perkara sedemikian dalam pelbagai tahap sama ada ia melibatkan psikologi;[1] kesanggupan mengambil risiko malah juga sebagai cara membebaskan diri daripada penindasan melalui suatu peluahan identiti tersendiri tanpa ada dikongkong rasa kemaluan mahupun stigma masyarakat. Namun, ia juga boleh dianggap sebagai jalan memusnahkan reputasi atau status diri (career suicide).[2]