Peristilahan Coming_out

Muasal istilah asal menerangkan konsep

Peristilahan asal yang menerangkan konsep meluahkan identiti ini iaitu "coming out" yang wujud dalam lingkungan dunia penutur bahasa Inggeris pada awal abad ke-20 hasil kiasan kepada kelaziman pemudi kelas atasan yang mula memperkenalkan diri kepada orang ramai secara rasmi (débutante); hal ini sering dipanggil coming-out party. George Chauncey, seorang profesor sejarah mengkhusus dalam subbudaya ini ada menyatakan aspek ini dengan berkata:

Gay people in the pre-war years [pre-WWI]... did not speak of coming out of what we call the gay closet but rather of coming out into what they called homosexual society or the gay world, a world neither so small, nor so isolated, nor... so hidden as closet implies[3]
["Golongan homoseksual semasa tahun-tahun menjelang perang [Dunia Pertama] ... tidak bercakap hal keluar dari apa yang dianggap "almari gay" tetapi sebaliknya keluar ke apa yang mereka sebut masyarakat homoseksual atau dunia gay, iaitu dunia yang tidak begitu kecil mahupun terpencil, malah... tidak tersembunyi sepertimana yang disangka."]

Padanan dalam lingkungan Nusantara

Terdapat seberapa perkataan yang digunakan bagi menerangkan konsep yang sama dalam rantau dunia penutur bahasa Melayu. Indonesia terutamanya menggunakan istilah "melela" yang lazim bermaksud "mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk [dengan cara yang elok]".[4] Perkataan ini dimasyhurkan oleh Pramoedya Ananta Toer dalam novelnya berjudul Bukan Pasar Malam yang terbit pada 1951. Penggunaan istilah ini dalam konteks keseksualan - yakni digunakan sebagai padanan kata coming out - dimulakan oleh beberapa kelompok gerakan LGBT di negara tersebut, seperti Melela.org[5] dan Suara Kita.[6] Pengunaan kata ini turut disokong luar lingkungan Indonesia ke negara-negara lain serantau seperti Malaysia melalui orang berkeutamaan seperti Numan Afifi.[7]