Concerned

Concerned: The Half-Life and Death of Gordon Frohman adalah komik web dicipta oleh Christopher C. Livingston, memparodikan permainan video penembak diri pertama, Half-Life 2. Komik ini terdiri daripada tampilan skrin permainan, dengan watak digayakan menggunakan Garry's Mod, alat yang memudahkan manipulasi daripada enjin Source yang digunakan oleh Half-Life 2. Isu pertama dilancarkan pada 1 Mei 2005. Komik itu menamatkan cetakannya pada tarikh 6 November 2006 dengan sejumlah 205 isu.Ketika Half-Life 2 membawa pemain melalui masa depan distopia sebagai protagonis Gordon Freeman, Concerned mengikuti laluan yang sama melalui kacamata Gordon Frohman, malang, bebal tetapi mampu membunuh, yang tiba di set permainan beberapa minggu sebelum Freeman. Humor gelap komik berasal dari perbezaannya dengan permainan, dan melalui rujukan kepada pelbagai kekurangan. Dalam beberapa kejaidan dalam komik, Frohman menjadi punca kepada berbagai keadaan bencana yang ditempuhi Freeman kemudiannya.Concerned telah diterima baik oleh pengkritik dan peminat. Beberapa ulasan memuji ketelitian pada penulisan dan persembahan, dan juga pada humor komik. Livingston turut melaporkan hubungan yang sama dengan pekerja Valve, syarikat pembangun Half-Life 2, yang gembira mendapati ada komik berdasarkan permainan mereka.