Cottagecore
Cottagecore

Cottagecore

Cottagecore ialah estetika internet yang dipopularkan oleh remaja dan belia yang merai idea kehidupan luar bandar. Cottagecore ini berdasarkan kehidupan kampung jati orng Inggeris dan Eropah di luar bandar, [1] ia dibangunkan sepanjang 2010-an [2] [3] dan pertama kali dinamakan cottagecore di laman sosial Tumblr pada 2018. [4] Estetika ini menumpukan pada pakaian luar bandar yang tradisional, reka bentuk dalaman dan kraf seperti melukis, membakar kek dan penghasilan tembikar, dan berkaitan dengan pergerakan estetik yang serupa seperti grandmacore (nenek-nenek), farmcore (peladang), goblincore (jembalang) dan fairycore (dongeng). [5]Sesetengah sumber menerangkan cottagecore sebagai subbudaya Milenium [6] dan Generasi Z . [7] [8] [1] [6] [9] Kemerosotan ekonomi dan cabaran lain yang dihadapi oleh golongan muda ini mungkin menjadi pendorong dalam trend ini, bersama-sama dengan penekanan generasi ini terhadap kelestarian, dan trend terkini untuk bekerja dari rumah (dimulakan semasa pandemik). 

Rujukan

WikiPedia: Cottagecore http://www.theguardian.com/artanddesign/2012/nov/1... https://apnews.com/article/lifestyle-baking-corona... https://www.cnn.com/2021/02/07/health/cottagecore-... https://www.newyorker.com/culture/cultural-comment... https://www.nytimes.com/2020/03/10/style/cottageco... https://www.scmp.com/lifestyle/health-wellness/art... https://sourcingjournal.com/denim/denim-trends/gen... https://www.teenvogue.com/story/cottagecore-escape... https://www.theatlantic.com/technology/archive/202... https://www.theguardian.com/commentisfree/2020/apr...