Membakar_(memasak)
Membakar_(memasak)

Membakar_(memasak)

Membakar merupakan kaedah memasak makanan yang menggunakan haba kering berlarutan melalui perolakan daripada sinaran terma, biasanya di dalam ketuhar, tetapi juga dalam abu panas atau di atas batu panas.[1] Makanan yang paling seringkali dibakar ialah roti tetapi banyak juga jenis makanan lain yang dibakar.[2] Haba beransur-ansur dipindahkan dari permukaan masakan ke pusatnya. Haba yang disalurkan itu menukarkan tepung sadur dan doh kepada makanan bakar dengan kerak yang pejal dan kering dan pusat yang lebih lembut".[3] Membakar boleh dipadukan dengan menggril untuk menghasilkan varian barbeku hibrid dengan menggunakan kedua-dua kaedah serentak ataupun bergilir-gilir. Kaedah membakar adalah serumpun dengan barbeku kerana ketuhar batu serupa konsepnya dengan ceruk salai.