Coup_d'Etat_+_One_of_a_Kind_&_Heartbreaker

Coup D'etat '+ One of a Kind & Heartbreaker' (diolah sebagai COUP D’ETAT [+ ONE OF A KIND & HEARTBREAKER]) adalah album studio Jepun pertama oleh artis Korea Selatan G-Dragon, ahli kumpulan K-Pop Big Bang. Album ini dikeluarkan pada 27 November 2013, ia terdiri bukan sahaja daripada lagu Coup d'Etat , tetapi juga lagu-lagu daripada Heartbreaker dan One of a Kind. Ia telah dikeluarkan pada lima format.Album ini mempunyai kerjasama dari pelbagai artis seperti Missy Elliott, Sky Ferreira, Zion.T, Lydia Paek dan rakan selabel Jennie Kim dengan Park Bom daripada 2NE1.