Watak-watak Crayon_Shin-chan

Keluarga Nohara

  • Nohara Shinnosuke (野原しんのすけ) - (Shin-chan) watak utama, seorang murid tadika yang gemar bergelagat nakal.5 tahun→6 tahun.Suka makan biskut beruang(perisa coklat juga dikenali sebagai chokobi) sehingga giginya rosak.Kerap kencing malam akibat bermimpi memadamkan api.Selalu salah faham dan tidak peduli cakap orang.Mudah cair apabila dipuji.Jarang dapat menaiki bas sekolah kerana bangun lambat.Suka menonton berita jam 11.Mulut celupar.dan suka pada ohara nanako atau pun kakak nanako bila saja berjumpa kakak nanako dia mudah mencair.
  • Nohara Misae (野原みさえ) - ibu Shin-chan. Mudah bengang apabila anak lelakinya mempermainkannya atau mempersendanya dengan berbuat-buat berlakon macam si ibu.Ibu Shin Chan memang amat gemarkan jualan murah di pasar raya,mencuba makanan percuma dan berbual panjang di telefon atau bersama jiran-jiran yang suka mengumpat.Suka membeli pakaian mahal untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga sebaliknya.Berasal dari Kampung Kumamoto di Kyushu.Kakaknya bernama Masae manakala adiknya yang bekerja sebagai pembantu jurugambar alam semulajadi bernama Musae.Peratusan lemak dalam badan ialah 35.Umur 29 tahun.
  • Nohara Hiroshi (野原ひろし) - bapa Shin-chan. Seorang penyelia yang tidak pernah naik pangkat.Berasal dari Akita.Nama ayahnya,Ginnosuke manakala ibunya Tsuru.Manakala abangnya yang kedekut bernama Semashi(sering mengenakan bayaran apabila Hiroshi pulang bercuti:bayaran sewa rumah walaupun itu rumah keluarga).Gemar minum bir.Takut kepada isteri.Bekerja setiap hari,kadang-kala bekerja pada hari cuti.
  • Nohara Himawari (野原ひまわり) - adik perempuan Shin-chan. Namanya bermaksud "bunga matahari".Suka pada lelaki kacak.Tidak suka permainan bayi.Malas berjalan walaupun sudah pandai.Dengki dengan Shin Chan dan ayahnya kerana dia hanya boleh minum susu dan makan makanan bayi.
  • Shiro (シロ) - Anjing Shin-chan yang berbulu putih dan tebal. Namanya bermaksud "putih". Anjing ini nampaknya sentiasa dapat melihat keadaan sebenar di sekelilingnya di sebalik gelagat Shin-chan.Teman wanitanya bernama Meg.Berlagak macho di hadapan teman wanita walaupun penakut.Sering lepak di tempat yang ramai anjing betina(kaki betina)

Kenalan keluarga Nohara

  • Ōhara Nanako (大原 ななこ Nanako) - Penuntut kolej yang digemari Shin-chan.
  • Ōhara Shijūrō (大原 四十郎) - Bapa Nanako yang sering resah tentang keselamatan anaknya.Seorang penulis novel yang suka menggunakan perkataan mesra sebagai tajuk novelnya.Sangat diminati oleh Hiroshi Nohara.Mengupah seorang 'spy' untuk mengekori anaknya tetapi ia hanya untuk beberapa hari.
  • Kandadori Shinobu (神田鳥 忍) - Rakan sekolej Nanako yang hendak menjadi ahli gusti profesional.Bercinta dengan Omata tetapi memutuskannya disebabkan cita-citanya.
  • Honda Keiko (本田 ケイコ) - Kawan karib Misae sejak zaman sekolah menengah. Juga digelar "Okei".Kerap berbual panjang dengan Misae di telefon.Suka menunjuk kekacakan suaminya.Seorang wartawan.Jiwang.
  • Honda Satoshi (本田 悟史) - Suami Keiko yang gemar anime dan mengumpul barangan Action Kamen.Serupa dengan Shin Chan(menurut kata isterinya)
  • Fail:Logo-ntv7.pngntv7 disiar cerita shinchan di negara malaysia Honda Hitoshi (本田 ひとし) - Anak lelaki pasangan Honda yang masih bayi.Apabila besar menyertai kelas renang.Rapat dengan Shin Chan.
  • Yoshiko (よしこ) - Kawan lama Misae yang merupakan seorang pengarang manga.
  • Kitamoto (北本) - Jiran keluarga Nohara yang gemar bergosip dan kerap berborak dengan Misae.Pengheboh dan suka mengambil tahu hal keluarga Nohara.Mempunyai seorang anak saudara yang bernama Robert(rakyat Amerika).
tv hashi pertama yang mayang cerita shin chan

Tadika Futaba

Murid-murid

  • Kazama Tōru (風間トオル) - kawan baik Shin-chan yang berkelakuan baik tetapi kadang-kadang angkuh serta berlagak seperti orang dewasa dan dibesarkan bagaikan anak hartawan atau bangsawan.Maknya suka besolek tebal.Suka berpakaian perempuan dan amat meminati anime 'gadis ghaib Mary'.Maknya(Mineko) suka berpakaian lelaki.Ayahnya bekerja di Sydney.Ibunya mempunyai seorang abang yang kaya dan tinggal di UK.Fasih berbahasa inggeris kerana belajar tuisyen.Wang saku 500 yen sebulan(membeli buku latihan).Tinggal di Pangsapuri Action.Gemar menumpul pensil berbagai bentuk dari luar negara.
  • Sakurada Nini (桜田ネネ) - kawan baik Shin-chan yang gemar bermain 'omamagoto' atau 'rumahtangga', yang kerap menyaksikan masalah rumahtangga dan perceraian.Suka mengarah orang.Mencipta watak pelik apabila bermain 'omamogata'.Gemar menyimpan patung bulu arnab yang digunakan untuk menumbuk.Emaknya,Meoko seorang yang berjimat semata-mata untuk makan besar pada hujung bulan.Kerap sembelit.Kegemarannya seperti Nini(menyimpan patung bulu arnab untuk melepaskan geram).Tidak menyukai keluarga Nohara.Menyukai guru sementara yang menggantikan Cikgu Yoshinaga,Shijoh Atsukuru.Bapanya pernah muncul sewaktu menikmati bunga sakura di taman.
  • Satō Masao (佐藤マサオ) - kawan baik Shin-chan yang penakut.Pembersih.Gemar mengumpul barang-barang terbuang sebagai koleksi.Kuat menangis.Sangat takut kepada Nini sehingga terbawa ke dalam mimpi.Kepala botak dan sering digelar onigiri oleh Shin Chan dan Nini.Suku kepada Ai Suotome(anak orang kaya yang tinggal di kawasan Sagateya)
  • (ボー) - kawan baik Shin-chan yang amat lembab dari segi penampilan tetapi agak bijak. Hidungnya sentiasa berhingus.Pandai membuat pelbagai corak dengan hingus.Hingusnya akan berputar apabila gembira.Kurang bercakap.Hanya sekali mendapat watak berdialog dalam permainan Nini(dia rasa sungguh gembira).Gemar mengumpul pelbagai jenis batu.Pernah melamar cikgi Matsuzaka dengan bunga yang diletakkan dalam tandas kerana cikgu menolongnya membersihkan hingus.Rupa ibunya tidak pernah ditunjuk.

Watak televisyen kegemaran Shin-chan

  • Action Kamen (アクション仮面) - adiwira kegemaran Shin-chan. Merupakan parodi kepada Kamen Rider.
  • Sakura Mimiko (桜 ミミ子) - Pembantu muda Action Kamen ketika menentang musuh. Dia dilihat sebagai pengirim senjata penting kepada Action Kamen atau memberi arahan mengenai teknik baru kepada wira tersebut.
  • Buriburizaemon (ぶりぶりざえもん Buriburizaemon) - Seekor watak BABI bercakap dan kononnya bercirikan hero namun bersifat penakut, malas, membelot, dan lucu yang muncul dalam beberapa jilid mengenai zaman kuno Jepun. "Buri Buri" bermaksud 'jahat jahat' dalam bahasa Hindi.