Kerjaya Cristina_Suzanne_Stockstill

Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dan hidup bersederhana dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari.

Beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjayanya dalam bidang penerbangan ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

Babak dalam filem KIL.

Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima. Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun. Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Cristina Suzanne dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia.

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi. Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon.

Cristina bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Yasmin.[1]

Rujukan

WikiPedia: Cristina_Suzanne_Stockstill http://www.facebook.com/CristinaSuzanneStockstill http://www.imdb.com/name/nm5796021/ http://crissiefleur.tumblr.com/ http://twitter.com/crissiesuzanne http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hibur... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/cristina-suz... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/surf-this-lo...