Penerbitan Cruella

Filem cereka Cruella de Vil diumumkan pada 2011.[12] Andrew Gunn akan menerbitkan filem ini,[13] sementara Kelly Marcel akan menulis semula skrip filem yang sebelum ini ditulis oleh Aline Brosh McKenna. Pada 6 Januari 2016, Emma Stone terpilih untuk melakonkan watak Cruella de Vil.[9] Pada Ogos 2016, Jez Butterworth diminta untuk menulis semula skrip filem ini sebelumnya.[14] Pada November 2016, dilaporkan bahawa Disney melantik Alex Timbers sebagai pengarah film ini, manakala Marc Platt berkhidmat sebagai penerbit.[15] Namun, pada Disember 2018, Alex meninggalkan projek filem ini kerana kesibukan jadual kerjanya sehingga digantikan oleh Craig Gillespie.[16] Pada Mei 2019, Emma Thompson diumumkan menjadi bintang filem ini.[17] Paul Walter Hauser dan Joel Fry menyertai barisan pelakon lain filem ini beberapa bulan kemudian.[18][19] Pada 24 Ogos 2019, semasa D23, ia didedahkan bahawa sesi penggambaran telah bermula.[20]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Cruella http://deadline.com/2016/04/peter-pan-live-action-... http://insidemovies.ew.com/2013/10/01/disney-cruel... http://filmmusicreporter.com/2021/03/31/nicholas-b... http://hollywoodreporter.com/heat-vision/disney-pr... http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/emma-... http://www.hollywoodreporter.com/news/disneys-live... http://www.imdb.com/title/tt3228774/ http://www.tracking-board.com/spectre-scribe-jez-b... https://www.alberta.ca/search-movie-ratings.aspx?f... https://deadline.com/2018/12/emma-stone-craig-gill...