Sinopsis Cucu_Tauke_Beras

Cucu Tauke Beras mengisahkan Irsya (Zahirah), yang dihantar ayahnya pulang ke kampung untuk membantu datuknya mengendalikan perniagaan keluarga ketika cuti semester.

Irsya yakin bahawa kerjanya sangat mudah. Dia berangan untuk menjadi ketua di sebuah pejabat dengan kondisi yang selesa dan berhawa dingin.

Harris (Azrel Ismail), sepupu kepada Irsya telah menjemputnya ke rumah datuk. Irsya terkejut melihat Harris yang dahulunya montel, kini sudah menjadi lelaki segak.

Namun harapannya untuk kerja mudah meleset apabila datuknya mahu Irsya mempelajari proses menanam padi dari mula.

Mampukah Irsya bertahan dengan segala tugasan yang diberikan oleh datuknya itu? Adakah dia akan berputus asa dan pulang ke bandar?