Cucurbitales

Pengarang berwibawa: Dumort., 1829Cucurbitales merupakan sebuah susunan tumbuhan berbunga yang dimasukkan dalam kumpulan rosid dikotiledon. Kebanyakan daripada famili dalam susunan itu bertumbuh di kawasan-kawasan tropika, dengan sebilangan yang kecil didapati dalam kawasan-kawasan subtropika dan iklim sederhana.Susunan ini merangkumi pelbagai pokok dan pokok renek, bersama-sama dengan banyak pokok herba dan tumbuhan memanjat. Salah satu daripada ciri-ciri utama Cucurbitales ialah bunga-bunga uniseks, terutamanya pentasiklik, dengan kelopak yang tebal dan tajam (jika ada) (Matthews and Endress, 2004). Pendebungaan biasanya dilaksanakan oleh serangga, tetapi terdapatnya juga anemofili (dalam Coriariaceae dan Datiscaceae).Susunan ini terdiri daripada tujuh famili yang mengandungi kira-kira 2,300 spesies:Famili-famili yang terbesar ialah Begoniaceae dengan 1,400 spesies, dan Cucurbitaceae dengan 825 spesies.Famili-famili Cucurbitales yang besar termasuk beberapa tumbuhan yang penting dari segi ekonomi, khususnya famili Cucurbitaceae yang menghasilkan makanan-makanan seperti labu (daripada Cucurbita), tembikai (Citrullus vulgaris), dan timun (daripada Cucumis). Sebaliknya, Begoniaceae dikenali untuk spesies-spesies hortikultur yang melebihi 130 jenis.