Penternakan Cuora_trifasciata

C. trifasciata diternak oleh peladang-peladang China. Kajian menunjukkan penternak membela sebanyak 115,900 kura-kura dari spesies ini; 20,600 dijual setiap tahun, dengan anggaran kasar keuntungan lebih US $37 juta. Setiap penternak C. trifasciata memperoleh lebih $1,800, menjadikan haiwan ini antara yang termahal dijual berbanding spesies lain. (Sebagai perbandingan, Kura-kura Pelodiscus sinensis yang diternak untuk dimakan bernilai bawah daripada $7, manakala Cuora mouhotii pula, dijual sekitar $80. Tidak termasuk penternak yang tidak mendaftarkan perniagaan spesies ini, yang sebenarnya menjadikan anggaran tersebut lebih besar.[8] C. trifasciata yang ditangkap lebih bernilai tinggi berbanding yang diternak sama ada dalam pasaran perubatan tradisional atau perdagangan haiwan liar.[9][10][11] Jantina Kura-kura C. trifasciata ditentukan oleh suhu persekitaran.[7][11] Disebabkan suhu yang lebih hangat di kawasan-kawasan ladang, penternak hanya memperoleh kura-kura betina,[7][11] menjadikan harga kura-kura jantan yang ditangkap bernilai lebih $20,000.[7][11] Kebanyakan C. trifasciata yang terlepas ke habitat liar membentuk populasi baru menyebabkan pencemaran genetik.[10][11][12][13]

Ladang penternakan Kura-kura C. trifasciata terbesar terletak di Boluo County, Guangdong. Menurut pemiliknya, Li Yi (李艺), ladang tersebut dimulakan pada tahun 1989 oleh induk yang ditangkap dari habitat liar (dua ekor jantan dan enam betina) di beli dari pasar tempatan, dan kini memiliki "lebih 2000" ekor kura-kura.[14] Menurutnya lagi, kura-kura tersebut boleh membiak apabila mencecah usia 8 tahun.[15]

Rujukan

WikiPedia: Cuora_trifasciata http://i3.ce.cn/finance/money/200709/24/t20070924_... http://en.cnjqg.com/newEbiz1/EbizPortalFG/portal/h... http://news.nationalgeographic.com/news/2007/03/07... http://blogs.scientificamerican.com/extinction-cou... http://emys.geo.orst.edu/collection/species/Cuorat... http://cc.usu.edu/~crfeldman/Buskirk_et_al_05.pdf http://www.asianturtlenetwork.org/field_guide/Cuor... http://journals.cambridge.org/action/displayAbstra... http://journals.cambridge.org/action/displayFullte... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf