Cuora_trifasciata
Cuora_trifasciata

Cuora_trifasciata

Cuora trifasciata juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Syiling Emas ialah spesies kura-kura yang berasal dari selatan China dan utara Vietnam.[2]Spesies ini boleh dijumpai di China (Guangdong, Guangxi, Fujian, Hainan serta Hong Kong dan Macau) dan utara Vietnam.[2] Populasi yang ditemui di sebahagian Vietnam dan Laos kini dianggap sebagai spesies lain, iaitu C. cyclornata.[3]Baka Kacukan antara spesies rapatnya yang berbeza sering terjadi sama ada kura-kura yang diternak atau dari habitat liar. Sesetengahnya dianggap sebagai spesies baru, seperti Kura-kura Kolam Fujian ("Mauremys" × iversoni), Biasanya ia dikacukkan spesies jantan dengan Kura-kura Tasik Kuning Asia betina (Mauremys mutica). Kemungkinan, Kura-kura Katup Syiling Emas juga adalah induk kepada spesies Chinese false-eyed turtle dan Philippen's striped turtle.[4]Spesies ini dikelaskan sebagai spesies yang sangat terancam dan hampir pupus oleh IUCN.[5] Haiwan ini dijadikan sebagai produk perubatan tradisional,[6] contohnya ramuan bagi perubatan cina yang dikenali sebagai guīlínggāo (龜苓膏); walaupun memburu haiwan ini dianggap sebagai kesalahan. C. trifasciata disenaraikan sebagai antara 25 kura-kura darat dan air paling terancam oleh Turtle Conservation Coalition.[7]

Rujukan

WikiPedia: Cuora_trifasciata http://i3.ce.cn/finance/money/200709/24/t20070924_... http://en.cnjqg.com/newEbiz1/EbizPortalFG/portal/h... http://news.nationalgeographic.com/news/2007/03/07... http://blogs.scientificamerican.com/extinction-cou... http://emys.geo.orst.edu/collection/species/Cuorat... http://cc.usu.edu/~crfeldman/Buskirk_et_al_05.pdf http://www.asianturtlenetwork.org/field_guide/Cuor... http://journals.cambridge.org/action/displayAbstra... http://journals.cambridge.org/action/displayFullte... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf