Sinopsis Curi-Curi_Cinta

Kisah Intan Raihana (Zahirah MacWilson) dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya, Puan Asmah (Fauziah Nawi), seorang yang buta disebabkan sebuah kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, dia pula membenci abangnya, Iskandar (Talha Harith) yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim Ridza), Intan merancang untuk memikat Daniel apatah lagi bila mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya, Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk merampas Daniel Hakim daripada Fariza. Namun begitu, hati Daniel Hakim sudahpun terkunci untuk Fariza.

Daniel akhirnya diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.